Tajuk Tugasan


September 2010 : HBMT 2103 SMP Assignment
Semester September 2010

Pengenalan


Isipadu cecair merupakan salah satu topik di dalam mata pelajaran matematik bagi Tahun Dua. Di dalam topik ini murid-murid haruslah dapat menguasai semua kemahiran iaitu menggunakan tatabahasa yang berkaitan dengan isipadu cecair seperti kosong, setengah penuh, penuh, kurang, banyak, sedikit dan lebih. Murid-murid juga harus dapat membandingkan isipadu cecair di dalam bekas seperti penuh, setengah penuh dan kosong. Selain daripada itu, murid-murid juga harus dapat menguasai kemahiran iaitu menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai dan unit piawai seperti liter. Di dalam topik ini juga murid-murid harus dapat membuat perbandingan tentang isipadu iaitu lebih atau kurang dan banyak atau sedikit.
Sebagai seorang guru matematik yang berkesan, dia perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu pelajar memahami konsep yang telah dipelajari dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Oleh itu, guru matematik juga perlu kreatif dan  inovatif terutamanya dalam merancang proses pengajaran terutamanya dalam pemilihan alat bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran.Setiap guru matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Berikut akan disertakan video, dua contoh alat bantu mengajar dan dua contoh aktiviti pengajaran yang boleh digunakan untuk mengajar topik isipadu cecair agar murid-murid lebih memahami dan tidak tersalah konsep tentang topik ini. Biasanya murid-murid akan tersalah konsep tentang kapasiti muatan sesuatu bekas iaitu semasa membuat perbandingan tentang kapasiti muatan sesuatu bekas tersebut.Kadang-kadang murid-murid akan membuat perbandingan tentang kapasiti muatan adalah berdasarkan ketinggian sesuatu bekas. Pada pandangan mereka,bekas yang lebih tinggi adalah lebih banyak kapasiti muatan berbanding dengan muatan bekas yang rendah,walaupun bekas yang rendah mempunyai kapasiti muatan yang besar. Oleh itu,guru harus membetulkan salah konsep yang akan dibuat oleh murid-murid. Berpandukan video,aktiviti dan alat bantu mengajar yang akan dibuat,diharap murid-murid tidak lagi tersalah konsep tentang perkara ini. 

0 comments:

Post a Comment