Tajuk Tugasan


September 2010 : HBMT 2103 SMP Assignment
Semester September 2010

Penutup

            Setelah menonton video yang disertakan dan menjalani aktiviti pembelajaran berpandukan alat bantu mengajar,diharap akan dapat membantu murid-murid memahami konsep kapasiti isipadu cecair. Guru harus mempelbagaikan alat bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran agar murid-murid mudah memahami konsep yang hendak diajar. Selain itu, kaedah dan cara yang menarik juga mampu meningkatkan kefahaman murid tentang apa yang  dipelajari. Dengan ini,objektif pelajaran juga dapat dicapai dengan jayanya.
Semasa menjalankan aktiviti pembelajaran juga, guru juga  harus memberi peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri secara aktif kerana ini akan memberi motivasi dan keyakinan diri yang tinggi di samping dapat mengukuhkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari. Oleh itu guru harus memastikan supaya aktiviti pengajaran dapat difahami dengan mudah oleh murid-murid supaya pengajaran guru tersebut berkesan dan dapat menarik minat murid untuk terus belajar.
Pelbagai kaedah dan alat bantu yang digunakan oleh guru juga akan dapat membantu para pelajar untuk memahami konsep yang telah dipelajari kerana pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah. Pengajaran matematik yang berkesan juga akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar dan gaya pembelajaran murid mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para guru matematik. Setiap guru matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan,kebolehan  dan tahap pencapaian para pelajar.

0 comments:

Post a Comment