Tajuk Tugasan


September 2010 : HBMT 2103 SMP Assignment
Semester September 2010

Aktiviti Pengajaran 1


                                                                    Botol air kordial

                                                                            Cawan
                                                       
                                                                      Besen berisi air

                                                                  Cara menyukat air

                                                                       Corong
              
                                                                Botol air berkarbonat

Berikut adalah aktiviti pengajaran yang boleh dijalankan menggunakan alat bantu mengajar seperti di atas iaitu alat bantu mengajar(1). Aktiviti ini sesuai  dijalankan untuk murid-murid yang lemah(pemulihan).

Topik:Isipadu cecair
Kemahiran:Menyukat dan membandingkan isipadu cecair dengan unit tidak piawai
Hasil pembelajaran:
Murid-murid harus dapat:
1)Menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai.
2)Membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak atau sedikit dan lebih atau kurang.
Alat bantu mengajar:
i)Besen yang berisi air
ii)Botol air kordial(kosong)
iii)Botol air berkarbonat(kosong)
iv)Cawan
v)Corong
vi)Borang untuk merekod
Prosedur/langkah-langkah pengajaran:
1)Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.4 orang dalam satu kumpulan.
2)Setiap kumpulan akan diberikan dengan alat bantu mengajar seperti yang di atas.
3)Guru memberi penerangan tentang cara menggunakan alatan yang diberikan.
4)Dengan menggunakan cawan dan corong,murid-murid diminta mengisi air ke dalam botol yang diberikan iaitu botol air kordial dan botol air berkarbonat.
5)Guru menyatakan kegunaan corong adalah untuk mengelakkan air yang diisi tumpah.Ini adalah kerana guru ingin memastikan supaya air yang disukat ke dalam setiap botol itu adalah tepat.
6)Selepas itu,setiap kumpulan diminta merekodkan bilangan cawan berisi air yang boleh dimuatkan ke dalam kedua-dua botol tersebut.
7)Borangnya adalah seperti berikut:
Bekas
Bilangan cawan
1.Botol air berkarbonat

2.Botol air kordial

8)Setiap kumpulan diminta membuat perbandingan iaitu bilangan cawan yang boleh mengisi kedua-dua botol  tersebut.
9)Ketua kumpulan diminta melaporkan bilangan cawan yang dapat mengisi kedua-dua botol tersebut.
10)Selepas itu, guru bersoaljawab dengan murid-murid.
            a) Botol manakah yang boleh diisi dengan banyak air?
            b) Botol manakah yang memuatkan sedikit air?
11)Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah dijalankan.
12)Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk memantapkan lagi pemahaman mereka tentang aktiviti yang telah dijalankan.
13)Guru membuat rumusan dan kesimpulan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

0 comments:

Post a Comment