Tajuk Tugasan


September 2010 : HBMT 2103 SMP Assignment
Semester September 2010

Aktiviti Pengajaran 2

  
                                                                   Baldi berisi air

                                                                      Besen kecil

                                                                 Botol air berkarbonat

Botol air kordial

Cawan untuk menyukat air
Berikut adalah aktiviti pengajaran yang boleh dijalankan menggunakan alat bantu mengajar seperti di atas iaitu alat bantu mengajar(2). Aktiviti ini sesuai  dijalankan untuk murid-murid yang cerdas(pengayaan).

Topik: Isipadu cecair
Kemahiran: Menyukat dan membandingkan isipadu cecair
Hasil pembelajaran:
Murid-murid harus dapat:
 1)Menyukat isipadu cecair menggunakan unit yang tidak piawai/tidak standard dengan betul.
2)Membuat anggaran isipadu cecair.
3)Membuat perbandingan antara dua sukatan isipadu cecair iaitu banyak dan sedikit.
4)Mencatat isipadu cecair yang disukat dengan menggunakan unit yang tidak piawai/standard.
Alat bantu mengajar:
i)Baldi yang berisi air
ii)Besen kecil
            iii)Botol air kordial
            iv)Botol air berkarbonat
            v)Cawan untuk menyukat air
            vi)Borang untuk merekod
Prosedur/langkah-langkah pengajaran:
1)Murid-murid dibahagikan secara berpasangan.
2)Setiap pasangan diberikan alatan yang diperlukan seperti yang di atas dan juga borang yang akan digunakan untuk merekod.
3)Setiap pasangan diminta untuk membuat anggaran bilangan gelas berisi air yang dapat dimuatkan ke dalam setiap bekas yang diberikan.Seterusnya merekodkannya di dalam borang yang disediakan seperti berikut.
Bekas
Besen kecil
Botol air kordial
Botol air berkarbonat
Anggaran
________ cawan
________ cawan
_______ cawan
Sukatan sebenar
________ cawan
________ cawan
_______ cawan
4)Seterusnya, setiap pasangan diminta untuk mengisi air ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan menggunakan cawan yang disediakan. Selepas itu, mereka diminta merekodkannya ke dalam borang yang disediakan seperti di atas.
5)Guru juga meminta supaya semua pasangan untuk membuat perbandingan antara anggaran dan sukatan sebenar yang telah dibuat.
6)Guru mengemukakan soalan-soalan berikut:
Ø  Adakah anggaran anda tepat?
Ø  Bekas yang manakah dapat memuatkan lebih banyak air?
Ø  Bekas yang manakah yang memuatkan sedikit air?
7)Seterusnya murid-murid diminta untuk menyusun ketiga-tiga bekas tersebut mengikut susunan menaik dan menurun.
8)Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa tidak semestinya bekas yang tinggi mempunyai kapasiti
 muatan yang banyak.Ia adalah bergantung kepada berapa banyak bilangan gelas berisi air yang dapat mengisi setiap bekas tersebut.Semakin banyak bilangan gelas berisi air yang dapat mengisi bekas tersebut,semakin besarlah kapasiti muatan bekas tersebut.Begitu juga sebaliknya.
9)Guru menjelaskan kepada murid-murid bahawa gelas yang digunakan untuk menyukat air adalah unit yang tidak piawai/standard.
10)Guru menerangkan unit liter dan mililiter adalah unit yang standard bagi isipadu cecair.
11)Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka tentang kapasiti isipadu cecair.
12)Guru membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

0 comments:

Post a Comment